Friday, November 2, 2012

Sayang

Bismillah..

Buat pengetahuan semua..
ade yang sayang kita..


siapa?
Allah..

Allah sayang kita. seriously..

Allah itu Maha Penyayang.
saya tekankan lagi sekali.
Allah itu Maha Penyayang.

jadi,
kita ni..
penyayang ke tak?
sayang kat Allah tak?
ke sayang kat ajnabi je?

fikirkan balik.


Allah Maha Penyayang.

Katakan. Saya Sayang Allah.
nak buktikan, buatla perkara Allah Sayang.

senangkan sayang sayang sekalian?

Wallahu a'lam.

Monday, April 30, 2012

Nak tolong ni ..

Bismillah .

Assalamualaikum , kebanyakan manusia di malaysia ni menganggur banyak kan ? meh sini , den ade jawatan kosong nak kasi hampa semua , baik tak den tolong hampa ? sekejap , yang dah ade kerja pon digalakkan interview jugak , best kerja ni ~ good luck ! =)





Nak interview tak ? semoga berjaya !

Wallahu a'lam ~

Cakap atau Diam ?

Bismillah .. ~




semua orang suka cakap kan ? siapa tak suka angkat tangan .. haha , Allah menciptakan MULUT kita yang serba indah ini untuk kegunaan hambaNya .. tapi dia ada tapi , maksudnya syarat la , kita kenalah guna mulut ni dengan .. bercakap . -.- , ( cakap macam kl ) kita kenelah bercakap perkara yang berfaedah ja , macam , tegur manusia ke , pasal pembelajaran ke , pasal dakwah ke , pasal pendapat ke , pasal dan pasal la , asalkan bawa manfaat yang BAIK sahaja ..

ok , PM faham , manusia memang suka bercerita , memang suka gerakkan mulut , lidah , memang suka mengumpat , memang suka menfitnah ,  ye ke ? tak semua ok , tak semua .. satu lagi PM nak cakap , Allah menciptakan AKAL untuk kita . untuk ape ? untuk kita gunakan ia tatkala kita ingin buka mulut la , bukan untuk tu je, untuk bezakan antara baik dengan buruk , untuk ingat perlakuan kita , untuk ingat hutang2 kita , untuk berfikir , untuk tu , untuk ni , untuk tuni .. berkaitan bukan ? Allah menciptakan segala-galanya dengan kaitan masing-masing .. so , berfikir sebelum berkata-kata ..

' Fitrah bagi manusia berkata - kata .. kawallah ia , berkata yang baik itu utama , jika sebaliknya , lebih baik berdiam sahaja .. '

Friday, April 20, 2012

U ARE ..

U are ..

U are number one for me ..

:)


hari ni .. hari penuh sejarah ..
kegembiraan terpancar
kerinduan teserlah

komponen digabungkan
dan akhirnya menjadi

SEBUAH UKHUWWAH .


uhibbukum fillah ,

tarikh keramat , 20 April 2012 , Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar telah mengadakan Hari Kecemerlangan Murid dan diadakan di Dewan Makan Sekolah . haha , boleh buat laporan untuk majalah sekolah ni .. -.-

walaupun sebentar di sana , kerinduan di hati ini .. alhamdulillah , terubat sedikit ..
jumpa kawan , jumpa cikgu , jumpa pakwe . ( tu aku tipu ) , semuanya indah ~
rase nak jumpe lagi .. T.T

#wajah2 gembira guru2 ku ~


bekas guru kelas 3 siddiq . ( comel aih cikgu ~ )



Ustazah Intan ku yang terchenta ~


Sir KZ yang ajar aku sampai aku dapat A dalam sains . kali pertama kut . terima kasih la sir ~

dan akhir sekali .. guru itu ..

Ustaz Don ! haha , ustaz Shahidin ~ :D

banyak lagi la gambar , tapi tak teruplod kat sini , nak tengok , bukak fb aku , pejuang mulia .. semua ada .. hehe ~

terima kasih guru
terima kasih kawan ..

terima kasih sekolah . ahah .




'If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
make happy to all of you .. '

# U are number One for Me .. SAMSMEL ~ <3

Saturday, March 31, 2012

SMILE (:

melihat seorang sahabat , mukanya .. emm , tak dapat digambarkan .. sedih . seriously . terselit rasa prihatin yang sangat mendalam .. terfikir juga ingin menegurnya , tapi . macam mane ? dia keseorangan , jauh dari kelompok manusia yang bergurau senda .. senyumannya hanya sesaat die tonjolkan , kemudian , kelat kembali . coklat . .. nak kate die tak de perasaan .. emm , tak kut . die tak buat muka pasir pon . -.- , kawan , pelajaran , diri .. mungkin itu yang difikirkan . terlalu banyak masalah jika dilihat dengan zahirnya , belum lagi di batinnya ..

satu soalan .

kenape dia tak nak senyum untuk menghilangkan segala tekanan ?

tak faham . seriously tak faham . jika dibiarkan sahaja kemonyokannya kekal , rasenye tak dapat diselasaikan masalah ,
' someone we must use someone to move on '

ye . Allah paling penting . ngadu pada Nya adalah cara yang paling terbaik . but kekadang kite kene cari someone yang boleh dipercayai untuk dengar masalah yg kite hadapi . sedikit pun jadilah .. mana tahu Allah kurniakan orang itu untuk membantu selesaikan masalah kita . jangan simpan sorang 2 , rasenye boleh bawa mudharat . sebelum dapat masalah yang lebih teruk , kita selesaikan sedikit . carilah sahabat , kongsi perasaan dengannya , insya allah , Allah redha , masalah diselesaikan , keceriaan menjemput kita ..

ok . macam lari tajuk . back to the point . senyum . kadangkala boleh tenangkan hati kita , orang lain tengok pun suka , secara tidak langsung Allah pun suka . bukankah itu menenangkan ? #sayetaktahuapeygsayecakap
ok . the main point is SMILE !

tapi , bile fikir balik . aku ? AKU ?
dunia itu berputar kan ? sengaja Dia meberikan seorang hamba Nya untuk ku lebih mengenali diri sendiri .

fikir dan berfikir .

ku akan berfikir kembali .

( ok . saye tahu awak semua tak faham . bawak sabar . tk . -.- )

P/S : moga kau sentiasa dalam rahmat Nya .
: padam segala pasir di muka .
: tak nak buang pasir pon tak pe . tapi buang coklat itu .



* senyum itu susah . seriously . --__--

Sunday, March 18, 2012

I'm ..


Allah , Allah ..

saat ku berpisah jauh dari Mu .. tak kusedari walau secalit pun .. terhimpit kebahagiaan yang sememangnya tidak membawa apa-apa manfat buat diri sendiri .. maafkan aku ..
aku . manusia . lemah . hina . maafkan aku . walau aku sentiasa ulang , aku berbuat kembali , aku tetap .. tetap meminta maaf .
terkedu , terkaku .. saat aku menyedari mana silapku ..
mencari kembali di mana aku boleh cari kebahagiaan yang hakiki . takut aku terus hanyut dengan mimpi yang terlalu indah ini ..

Allah , terimalah aku kembali .. maafkan aku ..

" sesungguhnya Allah berada dalam sangkaan hamba Nya "

#aku ingin mencintai MU .

Sunday, March 11, 2012

Doa Rabitah

Bismillah ..

saya terpikat !
jangan terkejut .. ~ haha
ade satu zikir ni , sedap lah ! suke3 .. ( gaya upin dan ipin ) ngee ~
terima kasih bbst , sebab kenalkan zikir ini ..


Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana kasihkan Mu
bertemu dan patuh pada Mu
bersatu memikul dakwah Mu
hati2 ini telah berjanji setia
mendaulat dan menyokong syariat Mu
maka eratkanlah akan ikatannya
kekalkan kemesraan hati ini
tunjukkan ia jalan yang sebenar
limpahkan dengan cahaya Rabbani Mu
yang tak pernah padam
dan lapangkan dengan iman .

akan ku manfaatkan segalanya .. :)




Sunday, February 26, 2012

Perubahan itu .. ( akhir )

يس٠
والقرءان الكريم٠
انك لمن المرسلين٠
...........

huh !
tersedar al-faqir dari lena yang AGAK indah dan mendamaikan itu .
' ouh . aku pike ape la tadi, tetibe dengar orang bace yasin ' kata al-faqir dalam keadaan mamai2 lagi .

4.30 pagi , bacaan yasin akan berkumandang di kawasan asrama, xdiketahui siapakah yang begitu rajin datang ke musolla seawal pagi itu untuk membuka kaset mengaji . Subhanallah ..

#############################

kitab suci Allah dipegang erat , dijunjung .. dibawa ke musolla setiap waktu fardhu .. dibaca penuh pernghayatan walaupun dia tahu dia bukan mudah untuk menangisi sesuatu , tapi apabila difikir kembali ..

"manusia yang selalu menangis itu , manusia yang lembut hatinya .. "



takkan tangisan itu sentiasa ditutupi ? di mana tangisan diri untuk Illahi ?
manusia boleh menutupi tangisan untuk si manusia , tapi biarlah tangisan itu menjadi senjata kita untuk lebih dekat pada yang Maha Esa ..

dugaan demi dugaan , al-faqir menghadapi nya dengan hikmah . kata - kata semangat , menjadi pegangan dalam hidupnya .. sahabat yang dicari selama ini akhirnya ditemui dengan al- rahmah . mahabbah , mawaddah , dikongsi bersama , hanya kerana Allah , LILLAH .

"Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri."



ketenangan yang selalu menghijabkan diri ,
akhirnya terselak sedikit demi sedikit .
kekuatan rohani yang dahulu semakin runtuh ,
kian terbina ,
kepahitan yang ditanggung sabar sudah menampakkan kemanisannya ...

sekolah itu ,
al-faqir mula terlihat hikmahnya ...

perubahan itu ,
akan dicapai dan dilaksana ..
dengan izin Allah ,
diri itu bertekad .

"janganlah kamu berputus asa pada Allah , sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu , dan ingatlah , Allah berada dalam sangkaan hambaNya , maka bersangka baiklah terhadap Nya .. "
~ Pejuang Mulia .


Terima Kasih Allah ..



Wallahu a'lam .



Friday, February 24, 2012

Perubahan itu .. ( 2 )

* sambungan INI


' terima kasih cikgu .. '

'huh !' al-faqir mendengus keras, tapi hanya dia sahaja yang mendengarinya, kerana itu adalah kata hatinya.. harem .. satu haprak al-faqir tidak memahami subjek itu . bukan ! bukan subjek itu sahaja, malah kesemuanya .. fikirannya.. sentiasa, sentiasa melayang tatkala pembelajaran bermula, sebenarnya sentiasa melayang, setiap masa, setiap detik ..
bagaikan ada yang menyekat ilmu itu untuk masuk ke dalam hatinya, al-faqir sedih.. tersangat sedih .. lianna dia sering berkata pada dirinya, malah menjadi kata-kata hatinya setiap hari..


Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,Cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.

kata-kata Imam Al Syafie sering terngiang- ngiang dan berlegar-legar dalam kepalanya .. al- faqir berfikir, berfikir, dan terus berfikir ..
dosanya , amalannya , ibadahnya , ingatannya ..
dosanya kian bertambah sedangkan segala perlakuannya sedikit demi sedikit sudah mulai nampak perubahannya ..

'ottoke ? ottoke ?'
mahu menangis, tapi sukar .. apakah itu petanda sesuatu ? hati al-faqir makin bercelaru .. fikirannya sentiasa terganggu ..
hatinya mendesak untuk berubah
manakala
nafsunya semakin mendadak
senyuman al-faqir beransur - ansur ... kurang , lama .. lama ... hilang . hilang ditelan kemurungan ..

'twit twit !' one new message ..
'sape pulak dah kasi aku mesej petang2 ni .. sebok je' hati al=faqir tak berhenti membebel-bebel , tapi hatinya terselit rasa gembira kerana ada juga yang ingin menghubunginya .. ( sebenarnya .. -,- )
'kau dah lain ah sekarang ni'
tersentak .
terdiam .
mata al - faqir tunduk perlahan ...... kepalanya tunduk ke bumi .. air tangisannya dibiarkan tidak keluar , bukan sedar kesilapannya , malah meluat dengan hamba Allah yang memberi mesej yang ringkas tapi banyak yang tersirat .
' tutt .. tutt.. ' al- faqir menelefon si dia ..

bla bla bla ( ade la die cakap, xnak taip pulak )
'be strong!' kata terakhir nya ..
hati al-faqir semakin pedih, tapi dibuat tidak peduli ..
' kenapa kau ego sangat ni ? '
' eh , suka hati aku la , ni aku , kalau xsuka, jangan nak bebel '
hati nya bergaduh lagi dengan nafsu ..
gaduh dan terus bergaduh ..
.....
akhirnya , hatinya mengalah ..

' dan hendaklah kamu meneguhkan imanmu, jaga dan terus menjaga . andai tidak , maka, ia akan jauh dari akidah dan terpesong jauh dari kebenaran '
~ pejuang mulia .

Bersambung ...

Tuesday, February 7, 2012

Perubahan itu .. ( 1 )


Bismillah ..

ana nak tanya..emm, antum pernah pindah sekolah tak ? kebanyakannya mesti dah bukan ? hihi ..
apa perasaan antum ? adakah dengan penghijrahan itu dapat merubahkan hidup antum ? berubah kepada kebaikan atau sebaliknya ?
emm ? kenape ana tanya semua ni ? hehe .. ( cakap sorang-sorang.. haha )

bermulalah al-kisah seorang al-faqir bercita-cita untuk memulakan kehidupan yang lebih baik , maka dia mengambil keputusan untuk berpindah ke sekolah lain dengn harapan citanya itu akan terlaksana dengan izin Allah walaupun dia tahu bahawa tindakannya itu akan membawa risiko yang tinggi .. mungkin bagi antum, risikonya kecil, tapi bukan pada diri al-faqir ini .. hatinya mudah kecewa walaupun orang tak buat dia kecewa pon.. ( pelik kan ? ==' )
ok, sambung balik.. dan dia bertekad untuk pergi jua di sana walaupun keluargnya berat untuk menerima keputusannya, al-faqir terpaksa menjadi artis seketika apabila terpaksa berlakon menjadi seorang yang sangat gembira dan excited untuk berpindah sekolah itu .. walhal hatinya sering berkata-kata perkara yang sangat menakutkan kepada dirinya .. akan tetapi, dia kuatkan jua ..

harinya sudah tiba, saat yang didebarkan sedang menanti tidak sabar, 1Februari 2012 , sekolah yang dipilihnya sedang menunggu al-faqir di halaman . hati al-faqir semakin berdegup kencang ,tetapi mukanya..stilll....blurr+cool .. (^^.) ..

'aish,aku masuk asrama..emm,boleh ke aku tahan ni ek? , Allah kuatkan aku'

'adik dorm mane? ' , tanye akak senior yang cun meletop .. ( hehe )

'dorm *****'

'ouh, atas sekali, tingkat empat'

'aduh! keding la aku' , al-faqir bebel sendirian ..

al-faqir pergilah dengan muka yang cool sejajar dengan hati yang merintih.. ( ==' )

( bla bla bla, kemas barang , sembang , bla bla , masuk kelas, xbelajar langsong,cikgu tak masok , bla bla bla )

hari demi hari , perjalanan sekolah berjalan dengan luar biasa , diri al-faqir semakin tidak terjaga , baju tak basuh ( basuh jugakla, tapi sikit ) , kerja sekolah menimbun .. setiap masa bertimbun .. buku tak disentuh , hanya satu sahaja dia ambil berat .. iaitu fikirannya .. runsing sentiasa , hati bagaikan dah menjerit 2 kepadanya ..

' tu lah aku kata, jangan masuk, banyak dugaan, kau nak jugak .. tengok ape yang dah jadi .. sekarang ni , kau nak aku tenang pulak , pikir senang ? '

al faqir menjawab .. ( boleh pulak jasmani berdebat dengan rohani .. ==' ) ' ish . wahai hati , hendaklah kau bersabar , aku tahu aku salah, tapi ini mungkin ujian Allah terhadap kita , aku pindah ni mungkin ini adalah terbaik buat kita , berjanjilah pada diri ini ..

......

Bersambung ...

Sunday, February 5, 2012

Tukar persepsi itu..



Bismillah..
sering kali kedengaran seseorang individu mahupun masyarakat yang pelbagai bangsa di seluruh negara mengatakan dan mengakui bahawa pentingnya menjadi manusia yang berjaya dalam pelajaran,kemahiran dll..
tapi adakah antum mengira bahawa kejayaan itu selama lamanya ? kejayaan yang semestinya membawa kebahagiaan tidak akan kekal lama, malah ia akan merundum suatu hari nanti..

na'am.
kejayaan itu merupakan suatu yang sangat penting,itu digalakkan.
tetapi itu sebenarnya hanya suatu 'ganjaran' bagi siapa yang mempelajari ilmu.. sesungguhnya orang yang berilmu pasti berjaya dalam kehidupan.. tapi dengan suatu SYARAT!
dia harus mempraktikkan apa yang dipelajarinya itu dalam kehidupan, gunakan ia dengan sebaiknya, jangan mempergunakannya..sepertimana kata-2 albert einstein, 'a man of value'.. manusia yang mempunyai nilai.

masyi ? :)

Wallahu a'lam..