Sunday, February 26, 2012

Perubahan itu .. ( akhir )

يس٠
والقرءان الكريم٠
انك لمن المرسلين٠
...........

huh !
tersedar al-faqir dari lena yang AGAK indah dan mendamaikan itu .
' ouh . aku pike ape la tadi, tetibe dengar orang bace yasin ' kata al-faqir dalam keadaan mamai2 lagi .

4.30 pagi , bacaan yasin akan berkumandang di kawasan asrama, xdiketahui siapakah yang begitu rajin datang ke musolla seawal pagi itu untuk membuka kaset mengaji . Subhanallah ..

#############################

kitab suci Allah dipegang erat , dijunjung .. dibawa ke musolla setiap waktu fardhu .. dibaca penuh pernghayatan walaupun dia tahu dia bukan mudah untuk menangisi sesuatu , tapi apabila difikir kembali ..

"manusia yang selalu menangis itu , manusia yang lembut hatinya .. "



takkan tangisan itu sentiasa ditutupi ? di mana tangisan diri untuk Illahi ?
manusia boleh menutupi tangisan untuk si manusia , tapi biarlah tangisan itu menjadi senjata kita untuk lebih dekat pada yang Maha Esa ..

dugaan demi dugaan , al-faqir menghadapi nya dengan hikmah . kata - kata semangat , menjadi pegangan dalam hidupnya .. sahabat yang dicari selama ini akhirnya ditemui dengan al- rahmah . mahabbah , mawaddah , dikongsi bersama , hanya kerana Allah , LILLAH .

"Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri."



ketenangan yang selalu menghijabkan diri ,
akhirnya terselak sedikit demi sedikit .
kekuatan rohani yang dahulu semakin runtuh ,
kian terbina ,
kepahitan yang ditanggung sabar sudah menampakkan kemanisannya ...

sekolah itu ,
al-faqir mula terlihat hikmahnya ...

perubahan itu ,
akan dicapai dan dilaksana ..
dengan izin Allah ,
diri itu bertekad .

"janganlah kamu berputus asa pada Allah , sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu , dan ingatlah , Allah berada dalam sangkaan hambaNya , maka bersangka baiklah terhadap Nya .. "
~ Pejuang Mulia .


Terima Kasih Allah ..



Wallahu a'lam .



Friday, February 24, 2012

Perubahan itu .. ( 2 )

* sambungan INI


' terima kasih cikgu .. '

'huh !' al-faqir mendengus keras, tapi hanya dia sahaja yang mendengarinya, kerana itu adalah kata hatinya.. harem .. satu haprak al-faqir tidak memahami subjek itu . bukan ! bukan subjek itu sahaja, malah kesemuanya .. fikirannya.. sentiasa, sentiasa melayang tatkala pembelajaran bermula, sebenarnya sentiasa melayang, setiap masa, setiap detik ..
bagaikan ada yang menyekat ilmu itu untuk masuk ke dalam hatinya, al-faqir sedih.. tersangat sedih .. lianna dia sering berkata pada dirinya, malah menjadi kata-kata hatinya setiap hari..


Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,Cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.

kata-kata Imam Al Syafie sering terngiang- ngiang dan berlegar-legar dalam kepalanya .. al- faqir berfikir, berfikir, dan terus berfikir ..
dosanya , amalannya , ibadahnya , ingatannya ..
dosanya kian bertambah sedangkan segala perlakuannya sedikit demi sedikit sudah mulai nampak perubahannya ..

'ottoke ? ottoke ?'
mahu menangis, tapi sukar .. apakah itu petanda sesuatu ? hati al-faqir makin bercelaru .. fikirannya sentiasa terganggu ..
hatinya mendesak untuk berubah
manakala
nafsunya semakin mendadak
senyuman al-faqir beransur - ansur ... kurang , lama .. lama ... hilang . hilang ditelan kemurungan ..

'twit twit !' one new message ..
'sape pulak dah kasi aku mesej petang2 ni .. sebok je' hati al=faqir tak berhenti membebel-bebel , tapi hatinya terselit rasa gembira kerana ada juga yang ingin menghubunginya .. ( sebenarnya .. -,- )
'kau dah lain ah sekarang ni'
tersentak .
terdiam .
mata al - faqir tunduk perlahan ...... kepalanya tunduk ke bumi .. air tangisannya dibiarkan tidak keluar , bukan sedar kesilapannya , malah meluat dengan hamba Allah yang memberi mesej yang ringkas tapi banyak yang tersirat .
' tutt .. tutt.. ' al- faqir menelefon si dia ..

bla bla bla ( ade la die cakap, xnak taip pulak )
'be strong!' kata terakhir nya ..
hati al-faqir semakin pedih, tapi dibuat tidak peduli ..
' kenapa kau ego sangat ni ? '
' eh , suka hati aku la , ni aku , kalau xsuka, jangan nak bebel '
hati nya bergaduh lagi dengan nafsu ..
gaduh dan terus bergaduh ..
.....
akhirnya , hatinya mengalah ..

' dan hendaklah kamu meneguhkan imanmu, jaga dan terus menjaga . andai tidak , maka, ia akan jauh dari akidah dan terpesong jauh dari kebenaran '
~ pejuang mulia .

Bersambung ...

Tuesday, February 7, 2012

Perubahan itu .. ( 1 )


Bismillah ..

ana nak tanya..emm, antum pernah pindah sekolah tak ? kebanyakannya mesti dah bukan ? hihi ..
apa perasaan antum ? adakah dengan penghijrahan itu dapat merubahkan hidup antum ? berubah kepada kebaikan atau sebaliknya ?
emm ? kenape ana tanya semua ni ? hehe .. ( cakap sorang-sorang.. haha )

bermulalah al-kisah seorang al-faqir bercita-cita untuk memulakan kehidupan yang lebih baik , maka dia mengambil keputusan untuk berpindah ke sekolah lain dengn harapan citanya itu akan terlaksana dengan izin Allah walaupun dia tahu bahawa tindakannya itu akan membawa risiko yang tinggi .. mungkin bagi antum, risikonya kecil, tapi bukan pada diri al-faqir ini .. hatinya mudah kecewa walaupun orang tak buat dia kecewa pon.. ( pelik kan ? ==' )
ok, sambung balik.. dan dia bertekad untuk pergi jua di sana walaupun keluargnya berat untuk menerima keputusannya, al-faqir terpaksa menjadi artis seketika apabila terpaksa berlakon menjadi seorang yang sangat gembira dan excited untuk berpindah sekolah itu .. walhal hatinya sering berkata-kata perkara yang sangat menakutkan kepada dirinya .. akan tetapi, dia kuatkan jua ..

harinya sudah tiba, saat yang didebarkan sedang menanti tidak sabar, 1Februari 2012 , sekolah yang dipilihnya sedang menunggu al-faqir di halaman . hati al-faqir semakin berdegup kencang ,tetapi mukanya..stilll....blurr+cool .. (^^.) ..

'aish,aku masuk asrama..emm,boleh ke aku tahan ni ek? , Allah kuatkan aku'

'adik dorm mane? ' , tanye akak senior yang cun meletop .. ( hehe )

'dorm *****'

'ouh, atas sekali, tingkat empat'

'aduh! keding la aku' , al-faqir bebel sendirian ..

al-faqir pergilah dengan muka yang cool sejajar dengan hati yang merintih.. ( ==' )

( bla bla bla, kemas barang , sembang , bla bla , masuk kelas, xbelajar langsong,cikgu tak masok , bla bla bla )

hari demi hari , perjalanan sekolah berjalan dengan luar biasa , diri al-faqir semakin tidak terjaga , baju tak basuh ( basuh jugakla, tapi sikit ) , kerja sekolah menimbun .. setiap masa bertimbun .. buku tak disentuh , hanya satu sahaja dia ambil berat .. iaitu fikirannya .. runsing sentiasa , hati bagaikan dah menjerit 2 kepadanya ..

' tu lah aku kata, jangan masuk, banyak dugaan, kau nak jugak .. tengok ape yang dah jadi .. sekarang ni , kau nak aku tenang pulak , pikir senang ? '

al faqir menjawab .. ( boleh pulak jasmani berdebat dengan rohani .. ==' ) ' ish . wahai hati , hendaklah kau bersabar , aku tahu aku salah, tapi ini mungkin ujian Allah terhadap kita , aku pindah ni mungkin ini adalah terbaik buat kita , berjanjilah pada diri ini ..

......

Bersambung ...

Sunday, February 5, 2012

Tukar persepsi itu..



Bismillah..
sering kali kedengaran seseorang individu mahupun masyarakat yang pelbagai bangsa di seluruh negara mengatakan dan mengakui bahawa pentingnya menjadi manusia yang berjaya dalam pelajaran,kemahiran dll..
tapi adakah antum mengira bahawa kejayaan itu selama lamanya ? kejayaan yang semestinya membawa kebahagiaan tidak akan kekal lama, malah ia akan merundum suatu hari nanti..

na'am.
kejayaan itu merupakan suatu yang sangat penting,itu digalakkan.
tetapi itu sebenarnya hanya suatu 'ganjaran' bagi siapa yang mempelajari ilmu.. sesungguhnya orang yang berilmu pasti berjaya dalam kehidupan.. tapi dengan suatu SYARAT!
dia harus mempraktikkan apa yang dipelajarinya itu dalam kehidupan, gunakan ia dengan sebaiknya, jangan mempergunakannya..sepertimana kata-2 albert einstein, 'a man of value'.. manusia yang mempunyai nilai.

masyi ? :)

Wallahu a'lam..