Friday, February 24, 2012

Perubahan itu .. ( 2 )

* sambungan INI


' terima kasih cikgu .. '

'huh !' al-faqir mendengus keras, tapi hanya dia sahaja yang mendengarinya, kerana itu adalah kata hatinya.. harem .. satu haprak al-faqir tidak memahami subjek itu . bukan ! bukan subjek itu sahaja, malah kesemuanya .. fikirannya.. sentiasa, sentiasa melayang tatkala pembelajaran bermula, sebenarnya sentiasa melayang, setiap masa, setiap detik ..
bagaikan ada yang menyekat ilmu itu untuk masuk ke dalam hatinya, al-faqir sedih.. tersangat sedih .. lianna dia sering berkata pada dirinya, malah menjadi kata-kata hatinya setiap hari..


Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,Cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.

kata-kata Imam Al Syafie sering terngiang- ngiang dan berlegar-legar dalam kepalanya .. al- faqir berfikir, berfikir, dan terus berfikir ..
dosanya , amalannya , ibadahnya , ingatannya ..
dosanya kian bertambah sedangkan segala perlakuannya sedikit demi sedikit sudah mulai nampak perubahannya ..

'ottoke ? ottoke ?'
mahu menangis, tapi sukar .. apakah itu petanda sesuatu ? hati al-faqir makin bercelaru .. fikirannya sentiasa terganggu ..
hatinya mendesak untuk berubah
manakala
nafsunya semakin mendadak
senyuman al-faqir beransur - ansur ... kurang , lama .. lama ... hilang . hilang ditelan kemurungan ..

'twit twit !' one new message ..
'sape pulak dah kasi aku mesej petang2 ni .. sebok je' hati al=faqir tak berhenti membebel-bebel , tapi hatinya terselit rasa gembira kerana ada juga yang ingin menghubunginya .. ( sebenarnya .. -,- )
'kau dah lain ah sekarang ni'
tersentak .
terdiam .
mata al - faqir tunduk perlahan ...... kepalanya tunduk ke bumi .. air tangisannya dibiarkan tidak keluar , bukan sedar kesilapannya , malah meluat dengan hamba Allah yang memberi mesej yang ringkas tapi banyak yang tersirat .
' tutt .. tutt.. ' al- faqir menelefon si dia ..

bla bla bla ( ade la die cakap, xnak taip pulak )
'be strong!' kata terakhir nya ..
hati al-faqir semakin pedih, tapi dibuat tidak peduli ..
' kenapa kau ego sangat ni ? '
' eh , suka hati aku la , ni aku , kalau xsuka, jangan nak bebel '
hati nya bergaduh lagi dengan nafsu ..
gaduh dan terus bergaduh ..
.....
akhirnya , hatinya mengalah ..

' dan hendaklah kamu meneguhkan imanmu, jaga dan terus menjaga . andai tidak , maka, ia akan jauh dari akidah dan terpesong jauh dari kebenaran '
~ pejuang mulia .

Bersambung ...

No comments: