Tuesday, February 7, 2012

Perubahan itu .. ( 1 )


Bismillah ..

ana nak tanya..emm, antum pernah pindah sekolah tak ? kebanyakannya mesti dah bukan ? hihi ..
apa perasaan antum ? adakah dengan penghijrahan itu dapat merubahkan hidup antum ? berubah kepada kebaikan atau sebaliknya ?
emm ? kenape ana tanya semua ni ? hehe .. ( cakap sorang-sorang.. haha )

bermulalah al-kisah seorang al-faqir bercita-cita untuk memulakan kehidupan yang lebih baik , maka dia mengambil keputusan untuk berpindah ke sekolah lain dengn harapan citanya itu akan terlaksana dengan izin Allah walaupun dia tahu bahawa tindakannya itu akan membawa risiko yang tinggi .. mungkin bagi antum, risikonya kecil, tapi bukan pada diri al-faqir ini .. hatinya mudah kecewa walaupun orang tak buat dia kecewa pon.. ( pelik kan ? ==' )
ok, sambung balik.. dan dia bertekad untuk pergi jua di sana walaupun keluargnya berat untuk menerima keputusannya, al-faqir terpaksa menjadi artis seketika apabila terpaksa berlakon menjadi seorang yang sangat gembira dan excited untuk berpindah sekolah itu .. walhal hatinya sering berkata-kata perkara yang sangat menakutkan kepada dirinya .. akan tetapi, dia kuatkan jua ..

harinya sudah tiba, saat yang didebarkan sedang menanti tidak sabar, 1Februari 2012 , sekolah yang dipilihnya sedang menunggu al-faqir di halaman . hati al-faqir semakin berdegup kencang ,tetapi mukanya..stilll....blurr+cool .. (^^.) ..

'aish,aku masuk asrama..emm,boleh ke aku tahan ni ek? , Allah kuatkan aku'

'adik dorm mane? ' , tanye akak senior yang cun meletop .. ( hehe )

'dorm *****'

'ouh, atas sekali, tingkat empat'

'aduh! keding la aku' , al-faqir bebel sendirian ..

al-faqir pergilah dengan muka yang cool sejajar dengan hati yang merintih.. ( ==' )

( bla bla bla, kemas barang , sembang , bla bla , masuk kelas, xbelajar langsong,cikgu tak masok , bla bla bla )

hari demi hari , perjalanan sekolah berjalan dengan luar biasa , diri al-faqir semakin tidak terjaga , baju tak basuh ( basuh jugakla, tapi sikit ) , kerja sekolah menimbun .. setiap masa bertimbun .. buku tak disentuh , hanya satu sahaja dia ambil berat .. iaitu fikirannya .. runsing sentiasa , hati bagaikan dah menjerit 2 kepadanya ..

' tu lah aku kata, jangan masuk, banyak dugaan, kau nak jugak .. tengok ape yang dah jadi .. sekarang ni , kau nak aku tenang pulak , pikir senang ? '

al faqir menjawab .. ( boleh pulak jasmani berdebat dengan rohani .. ==' ) ' ish . wahai hati , hendaklah kau bersabar , aku tahu aku salah, tapi ini mungkin ujian Allah terhadap kita , aku pindah ni mungkin ini adalah terbaik buat kita , berjanjilah pada diri ini ..

......

Bersambung ...

No comments: